Wednesday, February 10, 2010

Dalam kehidupan ini kita pasti akan melalui satu tembok yang mengandungi kesukaran dan kepayahan, yang mana tembok ini banyak orang yang tergelincir didalam menanganinya. Tergelincir disini bermaksud rosak binasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja yang terkutuk dalam menangani perkara tersebut. Oleh itu, kita janganlah masuk dalam golongan ini sebaiknya kita selesaikanlah masalah kita menurut kitab suci dan sunnah rasul. Kita sebagai makhluk yang kerdil yang berasal dari air mani diangkat darjat menjadi insan yang boleh berfikir dengan waras, maka fikirlah sesuatu yang elok dalam melestarikan kehidupan ini. Setiap perbuatan kita seharian akan memberi impak dalam kehidupan seterusnye......