Wednesday, August 18, 2010

Ni cerita pasal kentut

Ni cerita pasal si Mat Singkeh yg suka buat lawak di kelas dia..dia ni seorang yg ceria, suka bergurau, suka buat lawak dan banyak idea. Setiap kali selepas guru habis mengajar di kelas dia mesti dia buat lawak sementara menunggu guru lain dtg. Selepas jemu buat cerita lawak Mat Singkeh akan buat lawak dgn kentutnya pula. Mat Singkeh boleh kentut berkali-kali dalam satu masa.

Suatu hari sewaktu Cikgu Ali tiba di pintu kelas Mat Singkeh sdg membuat lawak dgn kentutnya di hadapan kwn2nya tanpa menyedari kehadiran Cikgu Ali. Setelah sedar barulah Mat Singkeh termonyeh-monyeh malu namun sdh terlambat.Cikgu Ali menyuruh Mat Singkeh menjawab soalannya yg mana setiap jawapannya mestilah ada perkataan kentut.

Cikgu Ali: saya mahu kamu jelaskan sifat2 manusia melalui perkataan yg akan saya sebutkan ini. bagi kamu siapakan org yg tidak jujur?
MS: bagi saya org yang tidak jujur ialah org yg kentut lalu menyalahkan org lain
CA: siapa pula org yg goblok?
MS:org yg menahan kentutnya sampai berjam-jam
CA:org yg berwawasan luas?
MS:org yg tahu bila dia harus kentut
CA:org yg sengsara?
MS:bagi saya org yg sengsara ialah org yg ingin kentut tapi tak boleh kentut
Cikgu Ali hampir mahu ketawa tapi ditahankannya sahaja.
CA:Apa pendapat kamu pula tentang org yg misteri?
MS:org yg bila dia kentut tapi tiada org yg tahu
CA:org yg gugup?
MS:org yg gugup ialah org yg tiba2 shj menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut
CA:org yg percaya kpd diri sendiri?
MS:Org yg selalu merasakan kentutnya berbau harum
CA: Org yg sadis?
MS:Org yg selalu kentut di kelas terus dikibaskan baunya kpd org lain
CA:org yg pemalu?
MS:org yg kalau kentutnya tidak berbunyi dia merasa malu kpd dirinya sendiri
CA:soalan akhir, kalau org yg akuatik
MS:org yg kentut dlm air sambil mengeluarkan bunyi "BLEKELTUK...
Cikgu Ali akhirnya terdiam kerana semua soalannya dpt di jawab oleh Mat Singkeh...

No comments:

Post a Comment