Sunday, August 15, 2010

Tutorial nie untuk Yahoo Messenger..


Dengan mengikut tutorial nie korang akan
dapat membuka lebih dari satu akaun YM korang dalam masa yang sama.. Camner nak
wat?? Jom usha..
Mula2 gi kat star menu buka ‘Run’..
Kemudian taip ‘regedit’
Pergi ke ‘HKEY_CURRENT_USER’ >> software >> yahoo >> pager >> test
Klik kanan >> new >> DWORD Value
Namakan dia ‘plural’
Klik kanan pada plural >> modify
Tukar O kepada 1
Pastu tekan OK..
Siap!! Bleh bukak dua sekaligus.. Bukan jer boleh wat dua, korang nak wat 16ratus
sekalipon boleh..

tp ingat 1 ym 1 akaun je...
kalu 2 ym 2akaun...haha...

enjoy

Saturday, August 14, 2010

Word Perfect Helpline



Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

kenapa perempuan melayu senang dirasuk

kes ini betul2 berlaku diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama Puteri. kebanyakan yang kena rasuk adalah perempuan melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar perempuan china atau india. Di mana salahnya........

kita ikutu percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

KES HISTERIA DI SEKOLAH KT BSB... ..MISTERI DI ASRAMA PUTERI TERJAWAB!

sua2 ari, ade sorg ketua bomoh yg begi2 berani hendak berjumpa sekumpulan jin yg berkeliaran di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek i2. ketika smpi di sebuah bilik, ketua bomoh i2 membaca sejenis mantera. selepas membaca mantera i2, ketua bomoh i2 pom memanggil ketua jin i2. lalu ketua jin i2 datang dengan menunujukkan rupanya yang begi2 hodoh dan jijik. hinggakan ketua bomoh yg begitu berpengalaman i2 pom hampir2 pengsan dibuatnya!

hinggakan mayat reput pom lebih baek dri rupa ketua jin i2! tpi ketua bomoh i2 tetap kuatkan semangatnya itu.lalu si ketua omoh bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun melihat sesuatu yang menakutkan i2.

"kau rasuk pelajar di sini hah? jawab!! kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?!!"

dengan menarik nafas yang panjang, si ketua jin i2 pom menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu X Menawan, X Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, X Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, X Mungkin Aku Merasuk"

Friday, August 13, 2010

Seram

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”...hahaha

Ni antara soalan yg albert enstein pun x leh jawab.....

korang try solve this question......

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....

Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....

Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...

Maknanya....
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....
Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

Wednesday, February 10, 2010

Dalam kehidupan ini kita pasti akan melalui satu tembok yang mengandungi kesukaran dan kepayahan, yang mana tembok ini banyak orang yang tergelincir didalam menanganinya. Tergelincir disini bermaksud rosak binasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja yang terkutuk dalam menangani perkara tersebut. Oleh itu, kita janganlah masuk dalam golongan ini sebaiknya kita selesaikanlah masalah kita menurut kitab suci dan sunnah rasul. Kita sebagai makhluk yang kerdil yang berasal dari air mani diangkat darjat menjadi insan yang boleh berfikir dengan waras, maka fikirlah sesuatu yang elok dalam melestarikan kehidupan ini. Setiap perbuatan kita seharian akan memberi impak dalam kehidupan seterusnye......