Wednesday, February 10, 2010
Dalam kehidupan ini kita pasti akan melalui satu tembok yang mengandungi kesukaran dan kepayahan, yang mana tembok ini banyak orang yang tergelincir didalam menanganinya. Tergelincir disini bermaksud rosak binasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja yang terkutuk dalam menangani perkara tersebut. Oleh itu, kita janganlah masuk dalam golongan ini sebaiknya kita selesaikanlah masalah kita menurut kitab suci dan sunnah rasul. Kita sebagai makhluk yang kerdil yang berasal dari air mani diangkat darjat menjadi insan yang boleh berfikir dengan waras, maka fikirlah sesuatu yang elok dalam melestarikan kehidupan ini. Setiap perbuatan kita seharian akan memberi impak dalam kehidupan seterusnye......
Sunday, January 24, 2010
KARTUN bagi kanak-kanak kartun merupakan satu hiburan yang menjadi tontonan dan tidak boleh ditinggalkan walaupun satu episod.....jika mereka ketinggalan satu episod maka mereka akan merasa sedih.....jika difikirkan dengan akal yang waras apa yang ada pada kartun mungkin mereka tidak boleh menjawabnya. Apa yang saya fikirkan sekarang adalah kartun merupakan aset yang boleh memberi hiburan dan keriangan kepada kanak-kanak, kartun juga boleh membentuk peribadi penontonnya. Oleh itu saya sarankan kepada generasi sekarang supaya mencipta satu kartun yang menarik penonton supaya melakukan kebaikan. watak -watak kartun yang baik amat penting bagi menjaga generasi akan datang........
Saturday, January 23, 2010
PERCUTIAN @MELANCONG Bercuti ke tempat-tempat menarik dapat menghilangkan rasa kebosanan anda. Jadi pilihlah tempat pelancongan yang dapat membawa anda untuk lupakan perkara kesibukan lain. Hanya anda dan kedamaian perlu ada di situ...pada pandangan saya apabila kita pergi bercuti maka kita akan memperolehi ketenangan dan kedamaian dan kita dapat menikmati kedamaian ini secara full version...hehe...bak kata amok dalam lirik lagunya "damai ini berpanjangan, bumi ini kehijauan, kekalutan....gelap malam, disaluti kebenarannya...oooo..". inganlah diri kita ini milik Si Pencipta dan kita akan kembali kepadanya.....Jadi seseorang yang berbuat baik di dunia dan beramal soleh serta mencari keredaan Si Pencita maka hidupnya akan damai. Oleh itu, jika kita pergi melancong, maka kita perlu mencari keredhaannya dan memuji kepadanya, keranadengan ciptaannya kita boleh menikmati semua itu...akhir kata kedamaian sebenarnya bukan ada pada kita tapi milik Si Pencipta.
video ini menunjukkan seekor pengguin bergurai dengan habitatnya sendiri. selepas menonton video yang pendek inidiharap anda gelak....haha...
Subscribe to:
Posts (Atom)